About Me

Foto saya
"Mom and dad girlfriend" "Never ever give up on your dream no matter what"

Sabtu, 7 Februari 2015

Tips penjagaan Rambut Sihat


HalOoo..

Harini saya akan bagi sedikit tips tentang penjagaan rambut supaya tampak lebih cantik dan sihat.
Hmmm..Rambut ini ibarat mahkota bagi seorang perempuan.. Actually rambut ni ada 3 jenis iaitu rambut normal, rambut kering dan rambut berminyak.. Nanty saya bagi tau cara2 yang mendalam tentang setiap satu ciri2 rambut tersebut..ha..lps ni korang boleh taulah rambut korang ni dalam kategori apa kan? Then saya akan ceritakan makanan apa yang baik untuk rambut dan cara-cara penjagaan rambut yang baik.

3 Jenis Rambut :

1) Rambut Normal 



Okay..ni adalah ciri2 untuk seseorang yang memiliki rambut normal seperti kulit kepala yang lembap dan mengeluarkan minyak secara sekata dan tidak berlebihan mahupun terkurang.. Jika sesiapa yang memiliki rambut jenis ni.. In Sha Allah mudah sahaja penjagaannya.

2) Rambut Kering



Antara sebab rambut korang kering kerana apabila kelenjar yang menghasilkan minyak kurang aktif (tidak menghasilkan minyak secara mencukupi) dan ini boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan kusam..Selalunya rambut kering ni mudah kusut dan bercabang di bahagian bawah rambut *ha..cube check rambut masing2* Masalah rambut kering ni berpunca dari kekerapa menggunakan pengering rambut, curl rambut, selalu dyed rambut dan masalah selalu shampoo pon antara punca rambut jadi kering. Cara penjagaan rambut jenis ni adalah anda disarankan shampoo rambut 2 kali seminggu (lepas menggunakan shampoo after that digalakkan guna conditioner)

3) Rambut berminyak / gugur 



Masalah rambut berminyak? gugur? okay..disini saya nak bagitau punca masalah rambut jenis ni..Biasanya rambut berminya/gugur ni adalah disebabkan kelenjar di kulit kepala yang aktif dan menghasilkan minyak yang banyak dan menyebabkan liang pori di kepala tersumbat dan menyebabkan terkumpulnya minya di kulit kepala dan boleh menyebabkan masalah kulit kepala yang kotor dan rambut gugur / rapuh. Cara penjagaan untuk rambut jenis ini adalah anda di suggestkan kerap mencuci kepala supaya kulit kepala jadi bersih dan segar.

Antara Makanan yang baik untuk rambut :

1) Telur.
Telur mempunyai kandungan mineral seperti sulfur, zink dan besi. Antara penyumbang untama rambut gugur ialah kekurangan zat besi pada badan, ini kerana zat besi dapat membantu oksigen (dalam badan) yang secukupnya dapat sampai dengan sempurna ke rambut anda.

2) Sayur Bayam
Kandungan zat besi dan Vitamin C dalam bayam juga dapat membantu rambut anda dari mengeluarkan minyak dari kulit kepala secara berlebihan dan rambut dan tubuh badan pon jadi sihat *so perbanyakkan la makan sayur ye?*

3) Walnut
Kacang walnut adalah kaya dengan Vitamin E yang dapat membantu mencegah kulit kepala anda dari masalah keguguran rambut

4) Salmon
Ikan salmon juga mempunyai vitamin D dan dapat membantu menghasilkan dan mengawal minyak semula jadi dan melembapkan kulit kepala anda.

Korang boleh amalkan Tips penjagaan rambut (cantik dan sihat) seperti kat bawah ni :

1) Sikat Rambut terlebih dahulu sebelum mncuci rambut (bagi mengelakkan rambut gugur) dan air mudah mengalir dengan sempurna sehingga ke kulit kepala.

2) Cuci rambut menggunakan air suam terlebih dahulu supaya liang pori kulit kepala dapat terbuka dan  boleh mengeluarkan kekotoran *minyak berlebihan* pada kulit kepala dan guna air sejuk untuk bilasnya supaya dapat menutup balik ruang liang pori yang terbuka.

3) Elakkan menggunakan shampoo pelbagai jenama pada masa yang sama dikuatiri akan dapat masalah rambut gugur kerana kulit kepala tidak biasa menggunakan shampoo 2 shampoo pada masa yang sama.

4) Selepas shampoo rambut anda disarankan menggunakan conditioner pada rambut. Dinasihatkan semasa menggunakan conditioner diharuskan tuang pada tapak tangan terlebih dahulu then usap pada setiap helaian raambut selepas itu cuci pada setiap celah kulit kepala sehingga bersih.

5) Bagi mengelakkan lebihan air pada rambut, anda digalakkan perah rambut selepas cucian *tapi ingat jangan terlalu kuat kerana boleh menrosakkan struktur rambut dan kulit kepala* *kalau boleh keringkan menggunakan tuala dan elakkan dari menggunaka pengering rambut*

6) Bagi mereka yang kerap cuci rambut anda digalakkan menggunakan shampoo baby.

Ha...amacam? tips dan cara penjagaan telah diberi? yes..memang tak dinafikan amat rumit sedikit bagi penjagaan rambut ni..tapi apa salahnya kan kalau kita mencuba? In Sha Allah boleh^^Before closing saya akan beri suggest product hair care pada korang kayh? ^^
Okayh..Saya shor kan korang guna lah shampoo yang berasaskan bahan semula jadi sebagai contoh Shampoo Ryeo.. *apasal macam pelik je nama?* yes..ni adalah shampoo yang berasaskan bahan alam semula jadi seperti ginsaeng..Shampoo Ryeo ni made in Korea ye..kenapa saya saran kan sebab ia amat berkesan kerana saya dah cuba terlebih dahulu..hihii^^;; Shampoo Ryeo ni ada pelbagai jenis tau untuk pelbagai jenis masalah rambut. Contoh Shampoo JjayangMo (untuk rambut gugur) , Habitmo (untuk rambut rosak) dan sebagainya di bawah ni adalah gambaran shampoo yang saya bagi tahu tu.. *renung2 kan lahh..*

 
Kalau ada apa-apa persoalan jangan segan nak bertanya ye? okay..jumpe lagi..

ByeBye~~

Assalamualaikum^^;;

Jumaat, 6 Februari 2015

Cara Penjagaan Kuku Sampingan


Assalamualaikum, Hai semua..

Okay..harini saya nak bagi tips untuk penjagaan kuku. Actually kuku ni amat penting, dari sudut penampilan kalau nak tengok seseorang tu pembersih ke pengotor ke cube check kuku dia..check kuku masing2 sekarang jangan tak check? hihii.. Dari sudut kesihatan pula..kuku ni memainkan peranan yang penting, nak tau sebab apa penting? yela majoriti masyarakat di Malaysia ni kan makan guna pakai tangan..ha...dari situ kita kena buat pantauan pada kuku..kot2 kuku kotor takkan sanggup nak menyuap kat mulut kan? xmemasal dapat penyakit je..hihii

Nak kuku cantik? senang je tak perlu dah nak pakai2 kutek or pewarna bagai..Kalau yang adik2 pakai kutek and pewarna kuku tu tau ke apa ingredient dia? (tau tak ada campuran bahan kimia yang bahaya?) yes..pakai memang cantik tapi kalau ada side effect buat apakan? (cantik sekejap je..Oppss..kondem pulak)  Ha...Cukupla guna bahan2 semula jadi kita guna malah kuku kita pon sihat



Okay..meh sini saya bagi tips penjagaan sampingan untuk kuku (kaki dan tangan) ^.^

1) Bawang Putih.
Bawang putih? ha..bawang putih ni bukan digunakan sebagai bahan masakan je tau..Untuk pengetahuan awak semua tugas bawang putih pada kuku ni sebenarnya dia akan memberikan kuku kita ni semakin kuat dan tak rapuh tau..Cara-caranya kopek bawang putih dan tumbuk/parut bawang tadi (keringkan dalam beberapa minit) then sapukan dan gosokkan pada kuku kaki dan tangan *buatlah sekerap yang mungkin* mudah kan?

2) Lidah Buaya / Aloe Vera
Ha..kepada sesiapa yang ada tanam pokok lidah buaya kat rumah tu boleh buat macam ni.. Cara-caranya, ambil pokok lidah buaya (patahkan sekit je) dan sapukan pada permukaan kuku kaki dan tangan anda..rasailah perubahannya..Ha..kepada sesiapa yang tak ada pokok lidah buaya tu jangan sedih, korang boleh guna " Nature Republic Aloe Vera gel" *lagi mudah tinggal sapu je* hihii.. cuba..jangan tak cuba?

3) Lemon / Limau nipis
Ha..ada masalah kuku kuning? okay guna cara ni kuku anda akan kembali ke warna putih. Cara-caranya Ambil lemon/ limau nipis perahkan dan letak dalam bekas then ambil sedikit ubat gigi (yang disyorkan bagi memutihkan gigi spt Darlie, Colgate) campurkan ke dalam air perahan tadi gaulkan dan tunggu sehingga kering then baru apply pada kuku (lepastu basuh guna air suam ye) *Suka cita diingatkan jangan terlalu kerap lakukan rawatan ini, paling tidak pon seminggu sekali ye?*

4) Telur, Madu dan minyak (zaiton)
Campuran telur, madu dan minyak zaiton ni tugas dia pada kuku adalah untuk melembabkan dan melembut kan kuku anda (Tips ni boleh digunakan kepada sesiapa yang ada masalah kuku kering atau kurang nutrisi). Cara-caranya, ambil 2 sudu minyak zaiton dan madu (panaskan) , kemudian ambil telur dan kacaukan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam campuran minyak zaiton dan telur tadi, then apply kan pada kuku kaki dan tangan *dinasihatkan tunggu sehingga 10-15 minit* and baru bilaskan kuku anda ^.^

5) Sapukan losyen.
Untuk kuku yang sihat anda dinasihatkan selalulah apply losyen yang ada vitamin C pada kuku tangan dan kaki anda (tak kesah lah losyen tu jenama apa sekali pon) *paling mudah losyen Johnson baby pon boleh* huhuu ^^;;

6) Ubat gigi (Colgate)
Nak kuku cantik macam pakai kutek? hmm..begini caranya firstly apply ubat gigi (seperti colgate/ Darlie/ Fresh and White) pada permukaan kuku then gosokkan guna pad cotton (kapas muka pon boleh) *letak ubat gigi bila rasa diperlukan lagi* Bila dah nampak bersinar-sinar kuku tu berhentilah then basuh la ye? hihii.. mudahkan?

7) Buah Belimbing buluh
Antara manfaaat belimbing buluh bukan sahaja di letakkan dalam masakan (untuk menyedapkan lauk) tapi memberikan manfaat lain seperti dalam penjagaan kuku kita. Buah Belimbing buluh ni tugas dia membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar kuku. Cara-caranya mudah sahaja ambil belimbing buluh , gosokkan potongan belimbing buluh pada kuku anda then bersihkan menggunakan air suam. mudah kan?

Okay..mudah kan?
Jangan takut untuk mencuba ye? ^^;;


Khamis, 5 Februari 2015

Mask Kunyit dan Tomato (Kebaikannya).


Assalamualaikum..
Hai korang~~

Jumpe lagi~~
Harini saya nak bagi tips and petua untuk kecantikan kulit muka korang semua..
Okay..camni ceritanya..harini saya nak bagi sedikit tips untuk buat mask muka menggunakan kunyit dan tomato.. hmmm..tomato? kunyit?.okay..sebagaimana kita tahu biasanya kunyit dan tomato ni kita gunakan sebagai bahan2 untuk masakan kan? so hari ni dengan bahan2 masakan pon boleh dijadikan sebagai mask muka..betul ke ni? hish..betul la..saya tak tipu....^.^

Penah dengar tak orang cakap tomato tu bagus untuk kulit sebab boleh melicinkan kulit..penah dengar kan? camna pulak dengan kebaikan kunyit pula pada kulit muka? Pada pendapat masyarakat India kunyit mempunyai vitamin C dan magnesium (yang baik) , kandungan serat yang tinggi,  Vitamin B6, Zat besi, potasium dan magan serta kandungan sodium yang sangat rendah.

Okay..meh sini saya bagi penerangan sikit bagusnya kunyit pada kulit muka kita~~

(Ha..ni gambaran kunyitnye..mana tau ada yang tak kenal kunyit yang mana satukan)

Here..Kebaikan kunyit pada kulit muka kita :

1) Mengecutkan jerawat pada muka.
    Manfaat kunyit bukan hanya untuk menyedapkan masakan dalam lauk kita tapi kunyit ni juga  
mampu mengecutkan jerawat dan melawan kuman2 jerawat pada muka korang dengan sekali gus bekas jerawat pon hilang tanpa dikesan parutnya..betul ke? tak percaya? cubalah~

2) Dapat menyelesaikan masalah jeragat dan bintik hitam pada muka.
    Dengan khasiat kunyit dijadikan sebagai mask muka juga ia boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam pada muka korang , disamping itu juga ia dapat membantu menghaluskan dan melicinkan kulit muka pada masa yang sama.

3) Dapat menghilangkan garis kedutan pada wajah.
    Masalah garisan halus atau dikenali sebagai garis kedutan ini biasanya akan dialami oleh para2
    wanita apabila usianya yang semakin meningkat. Dengan penggunaan kunyit mask ini dapat
    mengurangkan garis-garis kedutan dengan menyamarkan tanda-tanda penuaan kulit wajah anda.
    Pada masa yang sama kulit wajah anda akan menjadi lebih muda dang tegang.. (In Sha Allah 
    dengan keizinanNYA) .

4) Dapat meratakan warna kulit.
    Ada masalah kulit muka berbelang? ha..dia petua Mask kunyit ini juga dapat membantu anda    
    dalam menyekatakan kulit muka di samping dapat membantu mencerahkan kulit muka.

5) Melicinkan dan menghaluskan kulit muka.
    Mesti korang impikan kulit yang licin + halus kan macam bintang-bintang filem korea..jeles kan? 
    Okay..dengan mengamalkan mask kunyit ini juga dapat berikan kulit muka kita ni licin dan halus
    macam bintang-bintang korea..hihii.. Kunyit juga dapat membantu meringankan segala macam 
    masalah kulit dan ia dapat membuatkan kulit kita nampak lebih halus, bersinar dan licin dari dalam
    kulit (eceh..) betul ni..

5) Masalah kulit berminyak.
    Kulit berminyak? o'oh.. (0.0) okay..kepada sesiapa yang ada masalah kulit berminyak (bersinar tak 
    tentu masa tu) boleh diselesaikan dengan memakai mask kunyit ini..In Sha Allah boleh..cuba    
    jangan tak cuba~~

Okay..sekarang nak bagi cara-cara buat mask ni ~~

    
Okay kenapa saya letak gambar kunyit + tomato? pernah cuba tak mix kan kunyit dan tomato sebagai mask muka? sebagaimana korang tau tomato banyak berikan khasiat dan baik untuk kulit muka korang begitu juga dengan kunyit (seperti yang saya dah cerita serba sedikit manfaatnya kat atas)..

Cara buat mask :

Bahan A (Barang asas) :

1) Tomato (Separuh / Sebiji)

2) Kunyit hidup (3 ulas)

3) Penyagat /lesung batu (untuk hiris and hancur2kan dia)

4) Bekas (untuk letak mask)

Bahan B :

1) Ambil Tomato slice jadi half then hancurkan masukkan ke dalam bekas.

2) Ambil kunyit hidup tadi sagatkan/ tumbuk pakai lesung batu sampai hancur (letak dalam bekas)

3) Gaulkan kedua2 bahan tadi *tak payah letak air sebab tomato dah berair*

4) Lastly, apply kat muka korang tunggu sehingga 10-15 minit then bilas.. *mudahkan?*


Ha...Senang je kan? ingatkan susah la..hihii..so dengan saya dah bagi resepi mask kunyit + tomato untuk muka ni..ha..tunggu apa lagi? selamat mencuba and rasai lah perbezaan dan perubahannya..hihii.. ^.^

Okaylah..sampai disini saja coretan saya pada harini..
jumpe lagi pada lain hari (In Sha Allah)~~

*Kalau ada sebarang pertanyaan leave comment di tempat yang telah di sediakan*

Okay..
BuBYye~~BYye~~

Selasa, 3 Februari 2015

Banefits, ingredients and Uses of Nature Republic Bamboo Charcoal Mud Mask


Assalamualaikum..
Harini kita bertemu lagi..So today saya nak bagi tips sikit bagaimana cara pemakaian dan kebaikan memakai Bamboo Charcoal Mud Mask by Nature Republic product..Korang penah dengar tak Barang nature republic ni ada mengeluarkan product mask ni? sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, korang penah dengar tak orang cakap yang "mud" ni bagus untuk kulit kita? penah dengar tak?

hmmm.. ni yang saya nak bukak citer ni..Actually banyak kebaikan yang kita dapat perolehi dari pemakaian "Mud" tak kesah la mud mask tu dari jenama pape pon, tapi ingat before nak beli sesuatu product muka tu tengok dulu ingredient dia..kalau boleh elakkan la  guna product yang guna bahan2 yang tak sepatutnya untuk muka kita (bukan kalau boleh memang kena elak pon..hihi) like paraben, kimia or pape la yang boleh beri kita side effect sebab muka kita ni sangat penting (bukan nak jaga sekarang je ye tapi sampai bila2)..tersalah pakai product memang rosak muka. Antara product yang saya suggestkan yang bebas dari 'paraben" , "kimia" and "lemak haiwan" such as like "The face Shop" , "The Body Shop" , 'Innisfree" dan "Nature Republic".

Antara Kebaikan yang boleh kita dapat dari memakai "Mud" :

1) Dapat mengurangkan "Blackhead"

2) Dapat mengurangkan "Whitehead"

3) Dapat mengawal kulit yang berminyak "oily-skin"

4) Dapat membuang bakteria dan cell kulit mati pada muka / badan.

5) Dapat memperbaiki skin texture kita.

6) Mud juga dapat mengurangkan garis-garis kedutan and are good anti-ageing agents.

7) The Muscle face kita pon jadi relax after applying it.

8) Dapat mengurangkan acne prone pada muka.

9) Bagus untuk kulit kering.

So harini saya ambil satu product Nature Republic Bamboo Charcoal Mud Mask untuk saya jadikan penceritaan.

Ni lah gambaran product yang saya sebut-sebutkan tu~~



Dengan menggunakan product Nature Republic Bamboo Charcoal Mud mask ini kita boleh dapat banyak benefit tau dan kebanyakkan benefit yang saya nak cerita ni semua saya dah listkan dekat atas tadi..

Antara kebaikan yang kita boleh dapat selepas memakai mask ni seperti ;

1) Dapat mengurangkan masalah whitehead.

2) Dapat mengawal masalah kulit berminyak.

3) Dapat mengurangkan masalah blackhead.

4) Dapat mengecilkan pori-pori yang terbuka pada kulit muka.





Sekarang saya nak cerita pula cara-cara untuk memakai mask ini.

1) Firstly, cuci muka anda dengan pencuci muka,

2)  Secondly, Lap muka anda dengan tuala bersih sehingga kulit muka yang basah tadi jadi kering.

3) Thirdly, Apply Bamboo Charcoal Mud mask by Nature Republic ni ke muka anda (secukup rasa..hihii) dan ingat..avoid area mata, dan mulut.

4) Lepas tu, tungulah sehingga 10-15 minit then cuci muka anda guna air suam/ air paip pon bole ^^'
    (tapi kalau saya,saya bawak tidur sekali..sekali bangun2 kawan satu bilik semua terkejut    
     menjerit..haha) *kalau yang dah ada husband tu bagitau ye..nanti terkejut dah tu lari plk     
     suami korang *ingatkan makhluk apa la kan*..hihii ^.^


      (Ha..ni la warna dia..terkejut tak? boleh bayangkan tak)

Here..
Ingredient list :

Description :
A mud pack with bamboo charcoal from the Damyang (South korea) area.

Ingredients
Water, Kaolin, Methylpropanediol, Bentonite, Charcoal Powder, Sea Silt, Sodium Magnesium Silicate, Carbonated Water, Punica Granatum Fruit Extract, Terpe Oleracea Fruit Extract, Vaccinium Macrocarpon (Cranberry) Fruit Extract, Lycium Chinense fruit Extract, Prunus Salicina Fruit Extract, Blueberry Fruit Extract, Zizyphus Jujuba Fruit Extract, Hippophae Rhamnoides Fruit Extract, Xanthan Gum, Propanediol, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Tocopheryl Acetate, 1,2-Hexanediol, Citric Acid.

Purpose :
Bebas paraben, fragrance free and animal fat free.

Ha lagi satu saya nak bagitau ni before saya nak closing..Tak membazir pon beli kerana pelbagai manfaat yang kita boleh dapat dari Nature Republic Bamboo Charcoal Mud mask ni pon sebab isinya sebanyak 150ml (tak rugi pon) , boleh bawak kemana-mana pon and harga dia pon taklah mahal mana pon (jangan risau,harga mampu milik)..lepas ni korang tak payah nak buat rawatan yang mahal2 kat spa dah..kat rumah pon dah boleh ^^* hihii...

Okayla..sampai disini sahaja coretan ku..hmmm..kalau ada pape nak tanya jangan malu2 ye..leave je comment..in sha allah saya akan reply :)

Byebye~~
Assalamualaikum..


Ahad, 1 Februari 2015

Kebaikan dan Cara penjagaan Aloe Vera Moisture Gel.


Assalamualaikum korang,
Jumpe lagi..hihii

Harini saya nak cerita sikit tentang kebaikan dan penggunaan, cara penjagaan dan bincang sikit "ingredient"  dalam produk "Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing  and Moisture Gel" ni..
Kepada korang-korang yang tak tahu dan yang tertanya-tanya tu boleh baca kat sini ye !! ^.<

Okay ini la rupa produk yang saya bagi tahu tu..




Firstly, saya akan cerita sikit tentang kebaikan dan penggunaan Produk "Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing and Moisture Gel" yang tengah HOT SELLER sekarang ni kat Korea.. Produk ini dapat memberikan banyak kebaikan kepada korang tau..




Begini ceritanya..

1) Digunakan sebagai "mask" untuk muka.
Secara amnya Aloe Vera ini bagus untuk kulit kita sebab kulit kita juga perlukan kelembapan (moisture) dan pernafasan yang baik..baru lah kulit muka kita sihat, segar dan awet muda gitu. Cara penggunaan dia sapukan gel aloe vera ni pada kertas mask (mask yang dah kering) ataupun sapu sahaja pada kulit keseluruhan muka kita dan biarkan selama 15-20 minit then cuci muka guna air suam/air paip je pon boleh (nak bawa tidur pon boleh)

2) Untuk menghilangkan parut
Aloe vera Nature Republic ini juga boleh digunakan bagi menghilangkan parut bekas-bekas jerawat atau parut pada bahagian anggota badan kita "In sha allah boleh hilang dengan izinNYA". Cara penggunaanya mudah sahaja ambil sedikit gel aloe vera nature republic ni then sapukan pada bahagian parut sebanyak 1-2 kali sehari (pagi atau sebelum tidur pon boleh). Ramai kawan saya dah cuba untuk menghilangkan parut jerawat (muka) dan alhamdulillah terdapat perubahan..Cuba la rasakan perubahannya..jgn tidak cuba.

3) Digunakan selepas shave misai atau jambang (bagi yang lelaki ye)
Biasanya selepas shave kulit mesti jadi sensitifkan? jadi lepas shave  tu boleh la korang sapukan gel aloe vera ni..In Sha Allah boleh mengurangkan kegatalan atau kemerahan pada kulit muka korang tu..

4) Digunakan bagi mencantikkan kelopak mata dan lingkaran bawah mata.
Bagi sesiapa yang ada masalah mata panda atau sembab-sembab tu boleh sapukan gel ini. Cara penggunaannya mudah je ambil sekeping cotton pad (biasa kita gunakan kapas untuk toner) then letak la gel aloe vera kat atas kapas, before applying dekat mata tu kalau nak effect best masukkan dalam peti ais terlebih dahulu (jangan letak dekat freezer pulak nanty beku pulak dia) then letak la pada mata and bawak tidur la ye..

5) Digunakan sebagai "Hair Treatment"
Kepada sesiapa yang ada masalah rambut bercabang,kering atau rambut kasar-kasar tu boleh la sapukan aje gel aloe vera ni dekat rambut korang (macam korang  guna hair conditioner) then urut-urutkan la sehingga ke kulit kepala ye..Bukan setakat dapat rambut yang cantik malah rasa fresh je kulit kepala..tak percaya? cuba lah~~

6) Digunakan pada kulit muka yang dah terkena 'Sunburn"
Saya tahu bila kulit dah burn memang rasa sakit dan perit-perit sampai merah-merah kan? bila sentuh je sakit kan? tak pe korang sapu aje gel aloe vera ni pada kulit yang terkena sunburn tu..In Sha Allah kurang rasa sakit tu malah rasa sejuk je.  ^.<

7) Boleh dijadikan sebagai "Make up Base"
Sebelum korang pakai pape foundation tu boleh la sapukan gel ni terlebih dulu ataupun mixkan pon boleh aloe vera gel ni dengan foundation korang dalam ukuran ratio 2:1. Resultnya mekap korang akan lebih bertahan lama..cuba lah kalau tak percaya~~

8) Boleh memperbaiki kuku yang rosak/rapuh.
Kepada sesiapa yang ada masalah kuku tangan ke kuku kaki ke boleh aje apply gel aloe vera ni pada kuku korang dan In Sha Allah dapat mengurangkan kerapuhan kuku korang tu dan kuku korang akan nampak berkilat (bling bling gitu) hihii..



Cara Penjagaannya :

1) Before ambil gel aloe vera ni sebaiknya gunalah spatula bagi prevent bacteria daripada membiak, kalau boleh jangan gunakan tangan ye! "ingat before guna spatula tu basuh dulu & keringkan tau"

2) Kalau boleh asingkan la ye gel aloe vera ni ke botol lain. Supaya takdelah korang setiap kali nak guna je korang kena ambil bekas aloe vera yang berat ni kulur kilir.. (Tips ni bagi memudahkan korang je tau)

3) Ha..yang ini paling penting sekali..lepas je korang guna tutup rapat-rapat tau bekas gel tu (jangan lupa tutup pulak nanti tak memasal je masuk binatang yang tak sepatutnya,yang paling nak elak is takut bakteria mmbiak pulakkan) bakteria kan suka tempat2 macam ni..hihii..

Ini antara ingredient yang ada pada Product Nature Republic Aloe Vera gel ni :

ACTIVE INGREDIENT
Active Ingredient: Glycerin 20%
INACTIVE INGREDIENT
Inactive Ingredients:
Aloe Barbadensis Leaf Juice, Alcohol, GlycerylPolyacrylate, Dipropylene Glycol, Water, Butylene glycol, Propylene Glycol, Carbomer, PEG 60 Hydrogenated Castor Oil, Triethanolamine, 1,2-Hexanediol, Betaine, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Parfum, Polyglutamic acid, Sodium Hyaluronate, Calendula Officinalis Flower Extract/Melissa Officinalis Extract/Mentha Viridis(Spearmint) Extract

PURPOSE
Bebas from paraben, mineral oil and artificial colors.
Aloe Vera soothing gel ni mempunyai 92% organic aloe vera yang telah mendapat kelulusan by California Certified Organic Farmers (CCOF) dan ia boleh digunakan pada anggota badan kita seperti muka, lengan, kaki dan rambut.

Okay lah..mesti korang dah boringkan..
Meh saya bagi hiburan sedikit before saya closing.. [Click tau jangan tak click]


Saya bukan menjual produk tau...saya cuma nak bagi tau korang serba sedikit info yang saya tahu..Mana la tau kot2 ada yang nak tau pasal produk ni kan..hihii :)

Jangan risau produk ni sangat sesuai digunakan pada seisi keluarga anda..
mesti cuba tau~~!

Lastly kalau ada apa-apa cadangan boleh la leave comment pada tempat yang telah disediakan ye?

Bye~~!  (^.<)

Sabtu, 31 Januari 2015

Nature Republic Skin Care


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah syukur..This coretan adalah coretan perasmian sempena pembukaan blog ni..hihii


Harini bersamaan 31 Januari 2014, aku dengan adik aku pergi bershopping sakan sampai tak ingat nak balik rumah dah dekat Nature Republic di Berjaya Times Square ni..hahaha :D


Okay, ni la pemandangan store yang kitaorang pergi tu..
















Produk Nature Republic ini sebenarnya berasal dari negara Korea, produk-produknya pula yang sangat terkenal dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti Aleo Vera, Avocado, Green Tea, Snail Solution (punya mucus), mango, rose,tomato dan macam-macam lagi la.Apa yang penting Produk dari Korea ni memang "Free Paraben" , "Free bahan Kimia" memang selamat la orang cakap kalau guna produk ni (In Sha Allah) jangan ragu-ragu okay? and satu lagi kalau kita pergi travel dekat Singapore, Hongkong pon boleh jumpe store Nature Republic ni..Jangan risau Nature Republic ini bukan kita hanya jumpe dekat negara korea aje dekat mana-mana negara pon kita boleh jumpa sebab dorang dah menembusi pasaran secara global (tak payah dah susah-susah nak pergi korea dah) hihii :)


Ha..ni nak bagi bonus ni..

Nah ambil !! Aku blanje korang picture je ok? hihii ^.<













Di samping, bershopping tu memang posing sakan la kan bila ada Standee Exo Members..lagi-lagi kepoppers macam aku ni..nah..aku belanja lagi gambar untuk korang..jangan jeles ye..!! huhuu ^.<








Ini dia antara produk-produk yang telah aku belanjakan..memang seriusly kalau dekat Nature Republic store ni memang rambang mata la (memang tak tau nak beli apa..rasa macam nak angkut semua sekali je) hahaa :D



TaDaHhh ....




Mesti ada yang tertanya-tanya siapa lelaki-lelaki yang ada di Standee banyak-banyak tu..okay..mereka-meraka semua itu adalah model untuk Nature Republic produk (tak payah nak terkejut sangat eh..hihii)

Nah..campak lagi bukti..saksikanLaH~~~~~ "sambil nyanyi"



   


Untuk Maklumat lanjut Nature Republic Malaysia ni korang boleh bukak dekat Links ni okay?
         
          "NATURE REPUBLIC MALAYSIA"

Okay..kalau korang ada apa-apa permintaan atau cadangan leave aje comment kat bawah ni okay?

Thank You sebab sudi baca coretanku ini..hihii


Assalamualaikum semua bye..jumpe lagi :)