About Me

Foto saya
"Mom and dad girlfriend" "Never ever give up on your dream no matter what"

Jumaat, 6 Februari 2015

Cara Penjagaan Kuku Sampingan


Assalamualaikum, Hai semua..

Okay..harini saya nak bagi tips untuk penjagaan kuku. Actually kuku ni amat penting, dari sudut penampilan kalau nak tengok seseorang tu pembersih ke pengotor ke cube check kuku dia..check kuku masing2 sekarang jangan tak check? hihii.. Dari sudut kesihatan pula..kuku ni memainkan peranan yang penting, nak tau sebab apa penting? yela majoriti masyarakat di Malaysia ni kan makan guna pakai tangan..ha...dari situ kita kena buat pantauan pada kuku..kot2 kuku kotor takkan sanggup nak menyuap kat mulut kan? xmemasal dapat penyakit je..hihii

Nak kuku cantik? senang je tak perlu dah nak pakai2 kutek or pewarna bagai..Kalau yang adik2 pakai kutek and pewarna kuku tu tau ke apa ingredient dia? (tau tak ada campuran bahan kimia yang bahaya?) yes..pakai memang cantik tapi kalau ada side effect buat apakan? (cantik sekejap je..Oppss..kondem pulak)  Ha...Cukupla guna bahan2 semula jadi kita guna malah kuku kita pon sihat



Okay..meh sini saya bagi tips penjagaan sampingan untuk kuku (kaki dan tangan) ^.^

1) Bawang Putih.
Bawang putih? ha..bawang putih ni bukan digunakan sebagai bahan masakan je tau..Untuk pengetahuan awak semua tugas bawang putih pada kuku ni sebenarnya dia akan memberikan kuku kita ni semakin kuat dan tak rapuh tau..Cara-caranya kopek bawang putih dan tumbuk/parut bawang tadi (keringkan dalam beberapa minit) then sapukan dan gosokkan pada kuku kaki dan tangan *buatlah sekerap yang mungkin* mudah kan?

2) Lidah Buaya / Aloe Vera
Ha..kepada sesiapa yang ada tanam pokok lidah buaya kat rumah tu boleh buat macam ni.. Cara-caranya, ambil pokok lidah buaya (patahkan sekit je) dan sapukan pada permukaan kuku kaki dan tangan anda..rasailah perubahannya..Ha..kepada sesiapa yang tak ada pokok lidah buaya tu jangan sedih, korang boleh guna " Nature Republic Aloe Vera gel" *lagi mudah tinggal sapu je* hihii.. cuba..jangan tak cuba?

3) Lemon / Limau nipis
Ha..ada masalah kuku kuning? okay guna cara ni kuku anda akan kembali ke warna putih. Cara-caranya Ambil lemon/ limau nipis perahkan dan letak dalam bekas then ambil sedikit ubat gigi (yang disyorkan bagi memutihkan gigi spt Darlie, Colgate) campurkan ke dalam air perahan tadi gaulkan dan tunggu sehingga kering then baru apply pada kuku (lepastu basuh guna air suam ye) *Suka cita diingatkan jangan terlalu kerap lakukan rawatan ini, paling tidak pon seminggu sekali ye?*

4) Telur, Madu dan minyak (zaiton)
Campuran telur, madu dan minyak zaiton ni tugas dia pada kuku adalah untuk melembabkan dan melembut kan kuku anda (Tips ni boleh digunakan kepada sesiapa yang ada masalah kuku kering atau kurang nutrisi). Cara-caranya, ambil 2 sudu minyak zaiton dan madu (panaskan) , kemudian ambil telur dan kacaukan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam campuran minyak zaiton dan telur tadi, then apply kan pada kuku kaki dan tangan *dinasihatkan tunggu sehingga 10-15 minit* and baru bilaskan kuku anda ^.^

5) Sapukan losyen.
Untuk kuku yang sihat anda dinasihatkan selalulah apply losyen yang ada vitamin C pada kuku tangan dan kaki anda (tak kesah lah losyen tu jenama apa sekali pon) *paling mudah losyen Johnson baby pon boleh* huhuu ^^;;

6) Ubat gigi (Colgate)
Nak kuku cantik macam pakai kutek? hmm..begini caranya firstly apply ubat gigi (seperti colgate/ Darlie/ Fresh and White) pada permukaan kuku then gosokkan guna pad cotton (kapas muka pon boleh) *letak ubat gigi bila rasa diperlukan lagi* Bila dah nampak bersinar-sinar kuku tu berhentilah then basuh la ye? hihii.. mudahkan?

7) Buah Belimbing buluh
Antara manfaaat belimbing buluh bukan sahaja di letakkan dalam masakan (untuk menyedapkan lauk) tapi memberikan manfaat lain seperti dalam penjagaan kuku kita. Buah Belimbing buluh ni tugas dia membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar kuku. Cara-caranya mudah sahaja ambil belimbing buluh , gosokkan potongan belimbing buluh pada kuku anda then bersihkan menggunakan air suam. mudah kan?

Okay..mudah kan?
Jangan takut untuk mencuba ye? ^^;;


Tiada ulasan:

Catat Ulasan