About Me

Foto saya
"Mom and dad girlfriend" "Never ever give up on your dream no matter what"

Sabtu, 7 Februari 2015

Tips penjagaan Rambut Sihat


HalOoo..

Harini saya akan bagi sedikit tips tentang penjagaan rambut supaya tampak lebih cantik dan sihat.
Hmmm..Rambut ini ibarat mahkota bagi seorang perempuan.. Actually rambut ni ada 3 jenis iaitu rambut normal, rambut kering dan rambut berminyak.. Nanty saya bagi tau cara2 yang mendalam tentang setiap satu ciri2 rambut tersebut..ha..lps ni korang boleh taulah rambut korang ni dalam kategori apa kan? Then saya akan ceritakan makanan apa yang baik untuk rambut dan cara-cara penjagaan rambut yang baik.

3 Jenis Rambut :

1) Rambut Normal 



Okay..ni adalah ciri2 untuk seseorang yang memiliki rambut normal seperti kulit kepala yang lembap dan mengeluarkan minyak secara sekata dan tidak berlebihan mahupun terkurang.. Jika sesiapa yang memiliki rambut jenis ni.. In Sha Allah mudah sahaja penjagaannya.

2) Rambut Kering



Antara sebab rambut korang kering kerana apabila kelenjar yang menghasilkan minyak kurang aktif (tidak menghasilkan minyak secara mencukupi) dan ini boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan kusam..Selalunya rambut kering ni mudah kusut dan bercabang di bahagian bawah rambut *ha..cube check rambut masing2* Masalah rambut kering ni berpunca dari kekerapa menggunakan pengering rambut, curl rambut, selalu dyed rambut dan masalah selalu shampoo pon antara punca rambut jadi kering. Cara penjagaan rambut jenis ni adalah anda disarankan shampoo rambut 2 kali seminggu (lepas menggunakan shampoo after that digalakkan guna conditioner)

3) Rambut berminyak / gugur 



Masalah rambut berminyak? gugur? okay..disini saya nak bagitau punca masalah rambut jenis ni..Biasanya rambut berminya/gugur ni adalah disebabkan kelenjar di kulit kepala yang aktif dan menghasilkan minyak yang banyak dan menyebabkan liang pori di kepala tersumbat dan menyebabkan terkumpulnya minya di kulit kepala dan boleh menyebabkan masalah kulit kepala yang kotor dan rambut gugur / rapuh. Cara penjagaan untuk rambut jenis ini adalah anda di suggestkan kerap mencuci kepala supaya kulit kepala jadi bersih dan segar.

Antara Makanan yang baik untuk rambut :

1) Telur.
Telur mempunyai kandungan mineral seperti sulfur, zink dan besi. Antara penyumbang untama rambut gugur ialah kekurangan zat besi pada badan, ini kerana zat besi dapat membantu oksigen (dalam badan) yang secukupnya dapat sampai dengan sempurna ke rambut anda.

2) Sayur Bayam
Kandungan zat besi dan Vitamin C dalam bayam juga dapat membantu rambut anda dari mengeluarkan minyak dari kulit kepala secara berlebihan dan rambut dan tubuh badan pon jadi sihat *so perbanyakkan la makan sayur ye?*

3) Walnut
Kacang walnut adalah kaya dengan Vitamin E yang dapat membantu mencegah kulit kepala anda dari masalah keguguran rambut

4) Salmon
Ikan salmon juga mempunyai vitamin D dan dapat membantu menghasilkan dan mengawal minyak semula jadi dan melembapkan kulit kepala anda.

Korang boleh amalkan Tips penjagaan rambut (cantik dan sihat) seperti kat bawah ni :

1) Sikat Rambut terlebih dahulu sebelum mncuci rambut (bagi mengelakkan rambut gugur) dan air mudah mengalir dengan sempurna sehingga ke kulit kepala.

2) Cuci rambut menggunakan air suam terlebih dahulu supaya liang pori kulit kepala dapat terbuka dan  boleh mengeluarkan kekotoran *minyak berlebihan* pada kulit kepala dan guna air sejuk untuk bilasnya supaya dapat menutup balik ruang liang pori yang terbuka.

3) Elakkan menggunakan shampoo pelbagai jenama pada masa yang sama dikuatiri akan dapat masalah rambut gugur kerana kulit kepala tidak biasa menggunakan shampoo 2 shampoo pada masa yang sama.

4) Selepas shampoo rambut anda disarankan menggunakan conditioner pada rambut. Dinasihatkan semasa menggunakan conditioner diharuskan tuang pada tapak tangan terlebih dahulu then usap pada setiap helaian raambut selepas itu cuci pada setiap celah kulit kepala sehingga bersih.

5) Bagi mengelakkan lebihan air pada rambut, anda digalakkan perah rambut selepas cucian *tapi ingat jangan terlalu kuat kerana boleh menrosakkan struktur rambut dan kulit kepala* *kalau boleh keringkan menggunakan tuala dan elakkan dari menggunaka pengering rambut*

6) Bagi mereka yang kerap cuci rambut anda digalakkan menggunakan shampoo baby.

Ha...amacam? tips dan cara penjagaan telah diberi? yes..memang tak dinafikan amat rumit sedikit bagi penjagaan rambut ni..tapi apa salahnya kan kalau kita mencuba? In Sha Allah boleh^^Before closing saya akan beri suggest product hair care pada korang kayh? ^^
Okayh..Saya shor kan korang guna lah shampoo yang berasaskan bahan semula jadi sebagai contoh Shampoo Ryeo.. *apasal macam pelik je nama?* yes..ni adalah shampoo yang berasaskan bahan alam semula jadi seperti ginsaeng..Shampoo Ryeo ni made in Korea ye..kenapa saya saran kan sebab ia amat berkesan kerana saya dah cuba terlebih dahulu..hihii^^;; Shampoo Ryeo ni ada pelbagai jenis tau untuk pelbagai jenis masalah rambut. Contoh Shampoo JjayangMo (untuk rambut gugur) , Habitmo (untuk rambut rosak) dan sebagainya di bawah ni adalah gambaran shampoo yang saya bagi tahu tu.. *renung2 kan lahh..*

 
Kalau ada apa-apa persoalan jangan segan nak bertanya ye? okay..jumpe lagi..

ByeBye~~

Assalamualaikum^^;;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan