About Me

Foto saya
"Mom and dad girlfriend" "Never ever give up on your dream no matter what"

Khamis, 5 Februari 2015

Mask Kunyit dan Tomato (Kebaikannya).


Assalamualaikum..
Hai korang~~

Jumpe lagi~~
Harini saya nak bagi tips and petua untuk kecantikan kulit muka korang semua..
Okay..camni ceritanya..harini saya nak bagi sedikit tips untuk buat mask muka menggunakan kunyit dan tomato.. hmmm..tomato? kunyit?.okay..sebagaimana kita tahu biasanya kunyit dan tomato ni kita gunakan sebagai bahan2 untuk masakan kan? so hari ni dengan bahan2 masakan pon boleh dijadikan sebagai mask muka..betul ke ni? hish..betul la..saya tak tipu....^.^

Penah dengar tak orang cakap tomato tu bagus untuk kulit sebab boleh melicinkan kulit..penah dengar kan? camna pulak dengan kebaikan kunyit pula pada kulit muka? Pada pendapat masyarakat India kunyit mempunyai vitamin C dan magnesium (yang baik) , kandungan serat yang tinggi,  Vitamin B6, Zat besi, potasium dan magan serta kandungan sodium yang sangat rendah.

Okay..meh sini saya bagi penerangan sikit bagusnya kunyit pada kulit muka kita~~

(Ha..ni gambaran kunyitnye..mana tau ada yang tak kenal kunyit yang mana satukan)

Here..Kebaikan kunyit pada kulit muka kita :

1) Mengecutkan jerawat pada muka.
    Manfaat kunyit bukan hanya untuk menyedapkan masakan dalam lauk kita tapi kunyit ni juga  
mampu mengecutkan jerawat dan melawan kuman2 jerawat pada muka korang dengan sekali gus bekas jerawat pon hilang tanpa dikesan parutnya..betul ke? tak percaya? cubalah~

2) Dapat menyelesaikan masalah jeragat dan bintik hitam pada muka.
    Dengan khasiat kunyit dijadikan sebagai mask muka juga ia boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam pada muka korang , disamping itu juga ia dapat membantu menghaluskan dan melicinkan kulit muka pada masa yang sama.

3) Dapat menghilangkan garis kedutan pada wajah.
    Masalah garisan halus atau dikenali sebagai garis kedutan ini biasanya akan dialami oleh para2
    wanita apabila usianya yang semakin meningkat. Dengan penggunaan kunyit mask ini dapat
    mengurangkan garis-garis kedutan dengan menyamarkan tanda-tanda penuaan kulit wajah anda.
    Pada masa yang sama kulit wajah anda akan menjadi lebih muda dang tegang.. (In Sha Allah 
    dengan keizinanNYA) .

4) Dapat meratakan warna kulit.
    Ada masalah kulit muka berbelang? ha..dia petua Mask kunyit ini juga dapat membantu anda    
    dalam menyekatakan kulit muka di samping dapat membantu mencerahkan kulit muka.

5) Melicinkan dan menghaluskan kulit muka.
    Mesti korang impikan kulit yang licin + halus kan macam bintang-bintang filem korea..jeles kan? 
    Okay..dengan mengamalkan mask kunyit ini juga dapat berikan kulit muka kita ni licin dan halus
    macam bintang-bintang korea..hihii.. Kunyit juga dapat membantu meringankan segala macam 
    masalah kulit dan ia dapat membuatkan kulit kita nampak lebih halus, bersinar dan licin dari dalam
    kulit (eceh..) betul ni..

5) Masalah kulit berminyak.
    Kulit berminyak? o'oh.. (0.0) okay..kepada sesiapa yang ada masalah kulit berminyak (bersinar tak 
    tentu masa tu) boleh diselesaikan dengan memakai mask kunyit ini..In Sha Allah boleh..cuba    
    jangan tak cuba~~

Okay..sekarang nak bagi cara-cara buat mask ni ~~

    
Okay kenapa saya letak gambar kunyit + tomato? pernah cuba tak mix kan kunyit dan tomato sebagai mask muka? sebagaimana korang tau tomato banyak berikan khasiat dan baik untuk kulit muka korang begitu juga dengan kunyit (seperti yang saya dah cerita serba sedikit manfaatnya kat atas)..

Cara buat mask :

Bahan A (Barang asas) :

1) Tomato (Separuh / Sebiji)

2) Kunyit hidup (3 ulas)

3) Penyagat /lesung batu (untuk hiris and hancur2kan dia)

4) Bekas (untuk letak mask)

Bahan B :

1) Ambil Tomato slice jadi half then hancurkan masukkan ke dalam bekas.

2) Ambil kunyit hidup tadi sagatkan/ tumbuk pakai lesung batu sampai hancur (letak dalam bekas)

3) Gaulkan kedua2 bahan tadi *tak payah letak air sebab tomato dah berair*

4) Lastly, apply kat muka korang tunggu sehingga 10-15 minit then bilas.. *mudahkan?*


Ha...Senang je kan? ingatkan susah la..hihii..so dengan saya dah bagi resepi mask kunyit + tomato untuk muka ni..ha..tunggu apa lagi? selamat mencuba and rasai lah perbezaan dan perubahannya..hihii.. ^.^

Okaylah..sampai disini saja coretan saya pada harini..
jumpe lagi pada lain hari (In Sha Allah)~~

*Kalau ada sebarang pertanyaan leave comment di tempat yang telah di sediakan*

Okay..
BuBYye~~BYye~~

6 ulasan: